Pages

Saturday, 3 March 2012

PERSAINGAN

Persaingan, apa itu persaingan? Persaingan adalah sesuatu perkara yang dilalui oleh semua orang dari peringkat kanak-kanak hingga ke peringkat dewasa.

Persaingan membabitkan pendidikan, sukan, pekerjaan, perniagaan dan pelbagai lagi membabitkan prestasi individu, ia bermula di peringkat kanak-kanak hingga peringkat remaja dari umur 7 tahun hingga 18 tahun, tahap persaingannya adalah berdasarkan kepada kekuatan individu dari pencapaian akademiknya iaitu mata (skor) yang diperolehi dalam setiap peperiksaan.

Sekiranya skor penuh ialah 100 maka sekiranya seorang pelajar memperolehi 80/100, pelajar tersebut dianggap lulus tetapi sekiranya ia mencapai 50 dan ke bawah maka ia dianggap gagal, dan untuk merumuskan pencapaian pelajar kepada semua subjek maka ia akan diambil berapa subjek yang lulus dan gagal dan berapakan skor yang diperolehinya dalam setiap subjek.

Ketika pelajar di tingkatan 5 dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar tersebut perlu mencapai skor yang memuaskan bagi membolehkan pelajar tersebut memasuki Universiti Awam atau Universiti Swasta, di sinilah bermula persaingan yang akan membezakan antara individu layak diambil sebagai mahasiswa dan mahasiswi, ada yang berjaya dan ada juga yang gagal akibat pencapaian akademik yang kurang memuaskan atau akibat pengambilan penuntut mencapai tahap maksima di sebuah Universiti.

Di Universiti pula, mahasiswa dan mahasiswa perlu memperbaiki pencapaian akademiknya dari masa ke semasa untuk mengelak gagal dalam peperiksaan sekaligus gagal menamatkan pengajian di Universiti.

OK, di peringkat Dewasa pula sudah semestinya ia akan berlaku semasa kita bekerja makan gaji iaitu seseorang pekerja perlu bersaing dengan rakan sepejabatnya untuk kenaikan gaji, pangkat dan sebagainya. Persoalannya, adakah wujud persaingan yang sihat? Jawapannya adalah Ya dan Tidak, mengapa saya berkata begitu? Jawapannya mudah, setiap pekerja mungkin akan "dinilai" secara Adil dan Tidak Adil.

Ia adalah fakta, sesetengah pekerja mendapat kenaikan gaji, pangkat dan sebagainya pada masa yang cepat tetapi ada juga pekerja yang mendapat kenaikan yang tidak sama walaupun jika dibandingkan antara pekerja, tahap prestasi dan tempoh perkhidmatannya adalah sama.

Antara sebab yang dikenal pasti ialah seseorang pekerja yang mendapat kenaikan gaji, pangkat dan sebagainya kerana pekerja berkenaan mempunyai hubungan yang rapat dengan majikannya, dan pekerja yang tidak menyerlah atau berprestasi biasa mungkin tidak akan mendapat perhatian majikan.

Situasi sama sekiranya seseorang individu bekerja sendiri atau menjalankan perniagaan sendiri, dan persaingannya sudah pasti lebih sengit dan mencabar kerana ia membabitkan jumlah wang yang lebih banyak.

Kesimpulannya, kita harus bijak merancang kehidupan kita, rancang bagaimana untuk berjaya dalam akademik, kerjaya, perniagaan dan sebagainya.

Sekiranya anda ingin memberi komen dan cadangan sila berikannya dalam kotak komen dibawah ini atau hantar kepada e-mail saya di alamat: yuriazhar88@gmail.com

Sekian. Terima Kasih kerana membaca Blog saya.

Sentiasa Berhati-hati di Jalanraya. Sentiasa Sayangi Diri Anda dan Keluarga Anda.

Wednesday, 22 February 2012

ANDA MESTI SUKA KERJA ANDA

Hello Semua,

Ini merupakan penulisan blog pertama saya, pukul 11.30 malam, hari Rabu (22 Februari, tahun 2012).

Anda bangun pagi, bersarapan pagi dan pergi ke tempat kerja..apa perasaan anda? Gembira, bosan, malas, anda boleh beri pelbagai alasan tetapi yang pasti anda mesti suka kerja anda. Ya! Anda mesti suka kerja anda walaupun gajinya rendah, kemudahan tidak banyak dan sebagainya kerana sekiranya anda perhatikan orang disekeliling anda, anda bukannya berseorangan dalam menghadapi perasaan sebegini secara bersendirian, ramai lagi yang turut mengalami perasaaan sama seperti anda, sama ada mereka terus bekerja kerana diri sendiri, keluarga atau tiada pilihan lain, tetapi cuba bayangkan jika anda tidak bekerja..hari-hari tiada apa nak buat, tiada duit, dan macam-macam lagi kan.

Sekiranya anda ingin memberi komen mengenai catatan saya ini sila ajukan kepada yuriazhar88@gmail.com